Monday, 11 July 2011

Kita Faham ke Tak?



Bismillahirrahmanirrahim

Sudah begitu lama junjungan Nabi Muhammad S.A.W meninggalkan kita. Bersyukurlah kita kerana dengan usaha yang dibuat Rasulullah kita dapat mengecapi nikmat Islam ; ad-Din yang lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia sebagai
abdillah. Namun begitu, malang sekali bagi mereka yang sudah beragama Islam tetapi masih lagi tidak berusaha untuk memahami dan mengikuti agama yang benar ini. Kita percaya bahawa al-Quran itu benar, tetapi tindakan menyatakan sebaliknya. Satu persoalan yang semua orang perlu fikir. Betulkah kita benar-benar beriman kepada Allah dan kitab-Nya? Jika kita bandingkan kehidupan kita yang sekarang ni dengan kehidupan sahabat-sahabat nabi, bagai langit dengan bumi. Sahabat benar-benar memahami Islam yang dibawa oleh nabi.

Situasi kita sekarang berbeza dengan situasi zaman dakwah nabi dahulu. Di zaman nabi, kaum Quraisy memahami dengan JELAS dakwah yang dibawa oleh nabi. Kerana itulah mereka di Mekah begitu menentang Islam yg dibawa oleh nabi Muhammad. Salah satu faktornya ialah penguasaan bahasa Arab yang mana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Berbeza dengan kita. Apabila Islam mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia, umat manusia yang memeluk Islam pada masa itu bukan semuanya mampu menguasai bahasa Arab. Jadi kefahaman terhadap wahyu iaitu al-Quran tidak dapat difahami dengan jelas. Sebagai contoh, kalimah ilah hanya difahami sebagai tuhan. Ini menyempitkan view sebenar maksud ilah itu.


Jadi, apa mesej UTAMA yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W?


1. Jika kita mengatakan bahawa Rasulullah membawa mesej supaya solat, puasa, zakat, haji,
jelas sekali itu bukan mesej utama yang ingin dibawa. Jika itu mesejnya, kenapa pembesar-pembesar kafir Quraisy begitu menentang mesej ini? Suruhan hanya untuk beribadat tidak akan mengganggu kehidupan jahiliyyah kaum Quraisy pada masa itu. Riba dan zina tidak perlu ditinggalkan. Mereka hanya perlu solat dan riba masih boleh diteruskan dalam perniagaan. Lagipun, nabi tidak perlulah bersusah-payah menyebarkannya kepada orang Quraisy pada masa itu.

2. Mesej utama nabi juga bukan menyembah Allah semata-mata. Jika dilihat dalam sirah Nabawiyah, kaum kafir Quraisy pada masa itu semuanya menyembah Allah malah mereka memang percaya dengan Allah. Tetapi, cara mereka menyembah itu yang salah. Menggunakan berhala, api dan lembu, mereka percaya itulah perantaraan mereka dengan tuhan iaitu Allah. Buktinya boleh dilihat pada notis pemulauan umat Islam yang diletakkan di Kaabah semasa fasa Mekah. Kafir Quraisy menggunakan nama Allah di dalam notis tersebut. Jadi menyembah Allah bukanlah mesej utama yang mahu disampaikan oleh Nabi Muhammad.


Jadi, apa mesej utama yang mahu disampaikan Rasulullah? Itulah kalimah syahadatain.
Tiada ilah melainkan Allah dan Rasulullah itu pembawa risalah Allah. Kesilapan kita ialah pemahaman kita terhadap kalimah ini yang menyebabkan hak Islam itu tidak dipenuhi. Ilah disini bukannya hanya bermaksud tuhan yang disembah. Facebook pun boleh jadi ilah. Kaum kafir Quraisy memahami maksud sebenar yang dibawa oleh Rasulullah ini. Lalu kerana mereka tidak mahu meninggalkan jahiliyyah, mereka menolak sekeras-kerasnya malah menentang dan mengancam Nabi Muhammad.

Apa yang disampaikan oleh Rasulullah juga telah disampaikan oleh rasul-rasul terdahulu.

لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ إِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Ilah bagimu selain-Nya". Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat) [7:59]


Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Huud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Ilah bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?" [7:65]

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ هَـذِهِ نَاقَةُ اللّهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللّهِ وَلاَ تَمَسُّوهَا بِسُوَءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Shaleh. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Ilah bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Rabbmu. Unta betina Allah ini menjadi menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apapun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih" [7:73]

وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَوْفُواْ الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِي

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Mad-yan saudara mereka, Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Ilah bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Rabbmu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman" [7:85]

Kalau diperhatikan dengan teliti, kesemua rasul yang yang diutus kepada kaumnya membawa risalah yang sama iaitu menyembah Allah dan tinggalkan ilah selain Allah. Dan ayat-ayat yang diulang berkali-kali di dalam Al-Quran menunjukkan kepada kita betapa pentingnya isi ayat tersebut.

Jadi, kita perlulah memahami mesej risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Moga dengan pemahaman itu, kita tahu apakah matlamat hidup kita yang sebenar. Tanpa matlamat yang jelas, hidup kita tiada nilainya kerana kita hidup di dunia ini untuk persediaan di akhirat kelak.



Wednesday, 19 January 2011

Tarbiyah itu penting


2 minggu telah berlalu, sejak diriku mula turun dari flight D72723. Cepat je dah 2 minggu. Tinggal lagi sebulan a.k.a 4 minggu kat Malaysia. Hmm, nk mentarbiyah diri sendiri ni memang satu benda yang susah lagi-lagi di rumah sendiri. Setakat ni dah macam -macam benda yang perlu dibuat tak terbuat. Tido menjadi menu utama setiap hari. Haha....

Jika kita lihat sahabat-sahabat Nabi, setiap dari mereka berlainan tahap keimanan mereka. Jika kita ada membaca kisah-kisah sahabat, setiap dari mereka mendapat tarbiyah yang sama daripada Nabi Muhammad S.A.W. Golongan muhajirin mendapat tarbiyah yang sama sebagaimana golongan muhajirin yang lain. Golongan Ansar mendapat tarbiyah yang sama sebagaimana golongan Ansar yang lain. Tetapi, kenapa tahap keimanan mereka berbeza ? Adakah ini kerana faktor masa, sahabat yang memeluk Islam awal lebih beriman daripada sahabat yang lambat memeluk Islam ?

Sebagai contoh, Umar al-Khattab memeluk Islam lebih lambat daripada kebanyakan sahabat di Mekah, tetapi ternyata Umar lebih qawiy tarbiyah yang dimilikinya daripada sahabat-sahabat lain. Qawiy di sini bukanlah bermaksud kuat/power/tough atau yang sama maksud dengannya. Tapi qawiyy nya si Umar bermaksud tarbiyah/kefahaman yang dimiliki Umar lebih mantop daripada sesetengah sahabat yang lain. So, adakah faktor masa yang memainkan peranan?

Mari lihat kembali kepada 'konsep' tarbiyah itu sendiri. Tarbiyah boleh dibahagikan kepada tarbiyah diri sendiri(dzatiyah) dan lain-lain(x tahu >.<). Tarbiyah dzatiyah inilah yang memainkan peranan tambahan untuk menambahkan kefahaman agama kita. Mungkin juga faktor masa ada benarnya, saya tidak menafikan, tetapi saya rasa tarbiyah dzatiyah lebih memainkan peranan ataupun lebih mendominasi tahap keimanan/kefahaman yang sahabat miliki. Apa itu tarbiyah dzatiyah?? Tarbiyah yang dilakukan diri sendiri untuk diri sendiri. Banyak perkara yang boleh dilakukan. Antaranya solat, qiamullail, puasa, sedekah, infaq harta dan sebagainya. Mambaca bahan-bahan tarbiyah juga boleh dilakukan. Semua itu perlu dilaksanakan diri sendiri. Nk tahu lebih lanjut, boleh cari video pasal tarbiyah dzatiyah.

Ramai orang hanya mengharapkan tarbiyah disuap kepada mereka, tetapi kita perlu ingat, tarbiyah itu perlu dilakukan setiap masa, barulah keimanan itu dapat berkekalan dan bertambah. Di sinilah peranan kita/ diri sendiri. Tidak sepanjang masa kita berada dalam biah yang soleh. Sahabat-sahabt berbeza tahap mereka kerana tarbiyah dzatiyah yang dilakukan kepada diri mereka sendiri. Lihat Abu Bakar, bagaimana tarbiyah yang dimilikinya, sehinggakan dia sanggup menginfakkan seluruh hartanya. Bila ditanya, apakah yang ditinggalkan untuk anak bini, dia jawab Allah dan Rasul-Nya. Betapa tingginya tarbiyah yang dimiliki oleh Abu Bakar. Jika kamu berada di posisi Abu Bakar, mahukah kamu melakukan sedemikian. Jika itu saya, dengan yakin saya akan kata tidak kerana saya masih belum mencapai tahap itu, malahan jauh sekali untuk mencapainya. Tetapi saya mengharap, dengan usaha yang saya termampu, satu hari nanti saya boleh menjadi seperti Abu Bakar r.a.

Jadi, susah sangat ke nak mentarbiyah diri sendiri? Ya atau tidak bergantung pada diri sendiri. Bagaimana kita cope dengan kehidupan kita. Di sekeliling kita ada banyak sekali anasir-anasir yang kita x nampak. Syaitan dan hawa nafsu. Musuh utama seorang muslim. Bagaimana kita mengurus masa setiap hari juga penting. Tanpa pengurusan yang betul, banyak sekali benda yang tidak boleh dibuat.

Ingat balik apakah tujuan asal kita dihantar ke muka bumi ini. Rujuk kepada al-Quran. [2:30], [51:56]. Muslim yang benar-benar faham kedua-dua ayat ini, sudah cukup untuk menggerakkan mereka dalam mentarbiyah diri sendiri. Jangan tangguhkan tarbiyah, setiap masa di dunia adalah bernilai bagi mereka yang mahu mengecapi al-firdausi di akhirat kelak.

Thursday, 14 October 2010

Kiblat Kita : Apakah cerita disebaliknya??

Sedarkah Sahabatku, KIBLAT itu bertukar DUA kali ??

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Alhamdulillah, kali ini diberi peluang untuk meng’hidup’kan semula blog yg da mati lama ni, setelah satu sem bertarung dengan assignment dan quiz. Tapi hari ni pun ada quiz gak sebenarnya. Hehe, kelapangan itu milik Allah.

Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang.

Jadi, hari ini, saya sgt tergerak untuk menulis sesuatu, dan akhirnya memilih untuk menulis tentang peralihan kiblat. Dalam tafsir fi zilal karangan Syed Qutb, menyatakan tiada dalil yang Qat’i dan ayat Al-Quran yang menerangkan secara terperinci mengenai kisah ini.

Tahukah kita, kiblat sebenarnya menghala ke arah Baitullah di Mekah?? Ya, pada asalnya, kiblat menghala ke Baitullah, kemudian turun perintah supaya dialih kepada Baitul Maqdis selepas Hijrah Rasulullah dan Sahabat-sahabat Muhajirin ke Madinah. Dan peralihan ini berlaku selama ENAM BELAS bulan sahaja. Kemudian dialih semula ke Baitullah di Mekah menerusi satu ayat Al-Quran.

Peralihan kiblat yang pertama ini sangat memberi kesan kepada umat Islam pada masa tu, terutamanya pihak Muhajirin. Dan pada ketika ini, orang Yahudi yang menetap di Madinah cuba untuk meragukan keyakinan umat Islam dengan dakwaan mereka bahawa agama mereka adalah sebenar-benar agama. Kenapa? Sebabnya kiblat sekarang telah bertukar kepada Baitul Maqdis, tempat asal agama yang dianuti puak Yahudi ini. Puak yahudi beria-ia mendakwa agama mereka adalah betul dan ini merupakan satu ujian dari Allah S.W.T kepada umat Islam.

Dan Kami tidak jadikan kiblat yang engkau hadapi sekarang ini melainkan supaya Kami dapat mengetahui (dalam realiti) siapakah yang sebenar mengikut Rasulullah dan siapa pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran).[2:143]

“Jika menghala ke kiblat Baitul-Maqdis itu tidak sah, maka solat kamu di sepanjang masa ini tentulah sia-sia sahaja. Dan jika penghalaan ke kiblat Baitul-Maqdis itu benar, maka penghalaan yang baru ke Masjidil Haram itu adalah tidak benar dan ia akan menghilangkan pahala segala solat kamu yang mengadap ke arahnya. Walau bagaimanapun, kata mereka “pemansuhan dan perubahan perintah-perintah atau ayat-ayat itu tidak sekali-kali terbit dari Allah. lnilah bukti bahawa Muhammad tidak menerima wahyu dari Allah.” Inilah kata-kata mereka kepada orang Islam.

Mereka cuba untuk menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam terhadap nilai agama mereka.Dan orang yahudi juga cuba untuk ‘menanam’ benih-benih keraguan terhadap pucuk pimpinan mereka; Rasulullah dan asas agama mereka.

Dan setelah umat Islam betul-betul mengikut apa yang diperintahkan itu,maka turunlah ayat dari Allah menyuruh umat Islam kembali menghadap ke arah Baitullah di Mekah.

…Oleh itu, hadapilah mukamu ke arah masjidil haram, dan di mana saja kamu berada maka halakanlah mukamu ke arahnya…[2:144]

Dan pada masa ini juga, puak Yahudi sekali lagi menimbulkan masalah. Mereka mendakwa Rasulullah berdusta

Sahabat-sahabat sekalian, jom kita renungkan kenapa hal ini berlaku.

Pertama : Jika kita lihat semula, Baitullah dan orang Arab mempunyai satu panjang dari zaman Nabi Ibrahim lagi. Baitullah bukanlah satu struktur bangunan sahaja, tetapi Baitulah ialah nadi, lambang kemuliaan, kesatuan dan fanatik bangsa. Seperti mana kita bermegah dengan Petronas Twin Tower kita, seperti itu jugalah yang berlaku kepada kaum Arab. Jadi, peralihan kiblat dari Baitullah kepada Baitul Maqdis bukanlah satu perubahan yang biasa-biasa.

Perubahan itu ialah untuk membersihkan jiwa orang Arab dari segala keterikatan dan hubungan yang bukan didasari dengan keimanan kepada Allah. Perubahan untuk memisahkan mereka dari segala perasaan dan keladak2 jahiliyyah, semangat kebangsaan yang melampau…dan mengalihkannya kepada perasaan taat, patuh, redha serta menyerah diri kepada Allah. Bukan lagi dikongkong oleh latar sejarah yang panjang atau fanatik kekauman!

Kedua : Kita semua tahu sahabat-sahabat yang mengikut Rasulullah berhijrah merupakan golongan yang terbaik selepas Rasulullah. Jadi peralihan kiblat ini merupakan satu bentuk ujian kepada para sahabat pada masa itu, untuk menguatkan lagi aqidah dan memantapkan tarbiah mereka.

Subhanallah…Maha halus cara Allah dalam mengajar kita erti ketaatan dan kepatuhan. Yang mengajar kita apakah ia…dasar kepada sebuah keterikatan. Iaitu keimanan pada yang Satu, bukannya mengikut dengan melulu segala tradisi yang terdahulu!

Bukanlah untuk mengatakan bahawa ketaatan kepada seorang itu tidak perlu. Cumanya wajar kita bersoal kira dengan diri kita dan menanya2…apakah dasar kepada ketaatan dan keterikatan kita? Dan segala macam perasaan sekalipun yang ada. Adakah dasarnya ialah keimanan dan kepatuhan yang bulat pada perintahNYA…atau kerana apa?

Wallaua'lam