Monday, 11 July 2011

Kita Faham ke Tak?



Bismillahirrahmanirrahim

Sudah begitu lama junjungan Nabi Muhammad S.A.W meninggalkan kita. Bersyukurlah kita kerana dengan usaha yang dibuat Rasulullah kita dapat mengecapi nikmat Islam ; ad-Din yang lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia sebagai
abdillah. Namun begitu, malang sekali bagi mereka yang sudah beragama Islam tetapi masih lagi tidak berusaha untuk memahami dan mengikuti agama yang benar ini. Kita percaya bahawa al-Quran itu benar, tetapi tindakan menyatakan sebaliknya. Satu persoalan yang semua orang perlu fikir. Betulkah kita benar-benar beriman kepada Allah dan kitab-Nya? Jika kita bandingkan kehidupan kita yang sekarang ni dengan kehidupan sahabat-sahabat nabi, bagai langit dengan bumi. Sahabat benar-benar memahami Islam yang dibawa oleh nabi.

Situasi kita sekarang berbeza dengan situasi zaman dakwah nabi dahulu. Di zaman nabi, kaum Quraisy memahami dengan JELAS dakwah yang dibawa oleh nabi. Kerana itulah mereka di Mekah begitu menentang Islam yg dibawa oleh nabi Muhammad. Salah satu faktornya ialah penguasaan bahasa Arab yang mana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Berbeza dengan kita. Apabila Islam mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia, umat manusia yang memeluk Islam pada masa itu bukan semuanya mampu menguasai bahasa Arab. Jadi kefahaman terhadap wahyu iaitu al-Quran tidak dapat difahami dengan jelas. Sebagai contoh, kalimah ilah hanya difahami sebagai tuhan. Ini menyempitkan view sebenar maksud ilah itu.


Jadi, apa mesej UTAMA yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W?


1. Jika kita mengatakan bahawa Rasulullah membawa mesej supaya solat, puasa, zakat, haji,
jelas sekali itu bukan mesej utama yang ingin dibawa. Jika itu mesejnya, kenapa pembesar-pembesar kafir Quraisy begitu menentang mesej ini? Suruhan hanya untuk beribadat tidak akan mengganggu kehidupan jahiliyyah kaum Quraisy pada masa itu. Riba dan zina tidak perlu ditinggalkan. Mereka hanya perlu solat dan riba masih boleh diteruskan dalam perniagaan. Lagipun, nabi tidak perlulah bersusah-payah menyebarkannya kepada orang Quraisy pada masa itu.

2. Mesej utama nabi juga bukan menyembah Allah semata-mata. Jika dilihat dalam sirah Nabawiyah, kaum kafir Quraisy pada masa itu semuanya menyembah Allah malah mereka memang percaya dengan Allah. Tetapi, cara mereka menyembah itu yang salah. Menggunakan berhala, api dan lembu, mereka percaya itulah perantaraan mereka dengan tuhan iaitu Allah. Buktinya boleh dilihat pada notis pemulauan umat Islam yang diletakkan di Kaabah semasa fasa Mekah. Kafir Quraisy menggunakan nama Allah di dalam notis tersebut. Jadi menyembah Allah bukanlah mesej utama yang mahu disampaikan oleh Nabi Muhammad.


Jadi, apa mesej utama yang mahu disampaikan Rasulullah? Itulah kalimah syahadatain.
Tiada ilah melainkan Allah dan Rasulullah itu pembawa risalah Allah. Kesilapan kita ialah pemahaman kita terhadap kalimah ini yang menyebabkan hak Islam itu tidak dipenuhi. Ilah disini bukannya hanya bermaksud tuhan yang disembah. Facebook pun boleh jadi ilah. Kaum kafir Quraisy memahami maksud sebenar yang dibawa oleh Rasulullah ini. Lalu kerana mereka tidak mahu meninggalkan jahiliyyah, mereka menolak sekeras-kerasnya malah menentang dan mengancam Nabi Muhammad.

Apa yang disampaikan oleh Rasulullah juga telah disampaikan oleh rasul-rasul terdahulu.

لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ إِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Ilah bagimu selain-Nya". Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat) [7:59]


Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Huud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Ilah bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?" [7:65]

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ هَـذِهِ نَاقَةُ اللّهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللّهِ وَلاَ تَمَسُّوهَا بِسُوَءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Shaleh. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Ilah bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Rabbmu. Unta betina Allah ini menjadi menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apapun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih" [7:73]

وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَوْفُواْ الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ وَلاَ تَبْخَسُواْ النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِي

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Mad-yan saudara mereka, Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Ilah bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Rabbmu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman" [7:85]

Kalau diperhatikan dengan teliti, kesemua rasul yang yang diutus kepada kaumnya membawa risalah yang sama iaitu menyembah Allah dan tinggalkan ilah selain Allah. Dan ayat-ayat yang diulang berkali-kali di dalam Al-Quran menunjukkan kepada kita betapa pentingnya isi ayat tersebut.

Jadi, kita perlulah memahami mesej risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Moga dengan pemahaman itu, kita tahu apakah matlamat hidup kita yang sebenar. Tanpa matlamat yang jelas, hidup kita tiada nilainya kerana kita hidup di dunia ini untuk persediaan di akhirat kelak.



0 comments:

Post a Comment